TABUNG UNTUK PENCEN
Kebanyakan antara kita ada akaun KWSP (EPF) untuk persediaan masa pencen kita nanti. Tetapi adakah kita tahu bahawa, mengikut statistik KWSP, 59.1% daripada sejumlah 7.4 juta ahli yang mencarum dalam KWSP, mempunyai simpanan dalam KWSP berjumlah kurang RM50,000. Ini adalah statistik yang mengejutkan semua.
Jika dibuat secara purata kasar, selepas bersara (umur 55 tahun), pesara tersebut mempunyai simpanan yang hanya boleh menyara kurang 3 tahun selepas bersara (anggaran RM1,500 - RM2,000 sebulan). Ini amat membimbangkan!
Kebanyakan ahli yang mencarum adalah dari kalangan mereka yang bekerja swasta. Penjawat awam akan mempunyai wang pencen selepas bersara nanti. Tambahan lagi jika bekerja sendiri, amat sedikit dari kalangan mereka yang membuat caruman sendiri di KWSP. Ini mungkin disebabkan faktor pendapatan yang tidak konsisten yang seringkali difokuskan kepada perbelanjaan harian, berbanding simpanan untuk masa hadapan.
ADAKAH SOLUTION UNTUK MASALAH INI?
Ya, ada! Anda boleh membuat simpanan dalam PRS (Private Retirement Scheme). Atau dalam Bahasa Melayunya - Skim Persaraan Swasta.
PRS boleh dicarum/dilabur dengan mudah. Ada duit lebih, dah boleh mencarum. Boleh juga dibuat secara berkala ataupun bila-bila masa yang diingini.
KENAPA PERLU MENABUNG DALAM PRS?
Pelaburan PRS boleh dikatakan sebagai tambahan kepada KWSP yang sedia ada, yang di'design' mainly kepada para pekerja yang tidak makan gaji, ataupun tiada caruman bulan KWSP. PRS ini juga hanya boleh dikeluarkan bila sudah berumur 55 tahun (sama seperti KWSP). Jika anda tiada caruman bulan KWSP, PRS adalah yang pilihan terbaik untuk anda membuat tabungan persaraan dengan disiplin.
PRS juga boleh dijadikan sebagai tambahan kepada simpanan persaraan kita, jika kita sudah ada caruman KWSP. Anda boleh membuat simpanan PRS walaupun anda mempunyai caruman KWSP, tiada masalah. Malah, ada kelebihan lagi buat anda jika mempunyai PRS dari aspek Pelepasan Cukai Pendapatan.
PRS membolehkan anda menikmati Pelepasan Cukai sehingga RM3,000 setahun. Sebagai contoh, jika 'tax bracket' anda ialah 21% (pendapatan bercukai dari RM70,001-RM100,000), anda boleh mendapat penjimatan cukai sebanyak (RM3,000 x 21%) RM630 setahun. Tiada pelaburan lain yang membolehkan anda mendapat pulangan sebanyak 21% atau RM630 serta merta!
(Boleh rujuk panduan pendapatan bercukai & tax bracket di bawah, dan berapakah penjimatan cukai yang boleh anda nikmati)
(Sumber: http://www.ppa.my/)
Bagi yang sudah ada caruman KWSP, anda akan dapat DUA jenis Pelepasan Cukai, iaitu daripada caruman KWSP dan simpanan PRS.
(Sumber: http://www.hasil.gov.my/)
(TERKINI: Pada sessi pembentangan Belanjawan 2021 oleh YB Menteri Kewangan pada 6 Nov 2020 yang lalu, Pelepasan Cukai dilanjutkan hingga 2025)
PRS juga sangat flexible, dan anda boleh bermula serendah RM100 sahaja. Buat potongan secara berkala serendah RM50 sebulan pun boleh. Tetapi jika boleh dapat penjimatan cukai, kenapa perlu simpan secara minimum, bukan? Yang paling penting, pelaburan ini adalah milik anda, dan untuk persaraan anda nanti.
SAYA BERMINAT UNTUK MELABUR DALAM PRS. APA YANG PERLU SAYA BUAT?
Mudah sahaja. Saya merupakan konsultan PRS berlesen anda. Sila hubungi saya dengan segera!