Friday, January 24, 2020

BERSEDIAKAH KITA UTK BERSARA?

1. Setelah penat bekerja bertahun lamanya, semua orang mengimpikan untuk bersara. Persoalannya, apakah yang dikatakan sebagai persaraan yang ideal?

2. Jika betul kaedahnya, kita boleh bersara dengan senyuman. Jika tidak, sudah tentu dengan bermasam muka. Silap haribulan, selepas umur 55 tahun pun kita masih perlu bekerja keras kerana belanja bulanan kita tidak dapat dibiaya oleh peninggalan KWSP/gratuity kita.

3. Bagaimana kita boleh pastikan yg persediaan persaraan kita cukup?

4. Kita ambil contoh ini. Seorang pesara A memerlukan RM5,000 sebulan untuk ‘survive’ selepas persaraan 55 tahun. Secara total, sejumlah RM1,500,000 (RM5,000 sebulan x 12 bulan x 25 tahun*) diperlukan supaya kita dapat bersara dgn ‘aman’ selepas 55 tahun.
(*jangkaan hayat sehingga 80 tahun. So, ‘remaining’ jangkahayat ialah 25 tahun)

5. Jika A berumur 30 tahun pada masa kini, A perlu menyimpan secara konsisten (dan berdisiplin!) setiap bulan sebanyak RM3,602 sebulan di bank yg memberi pulangan 2-3% setahun. Tetapi jika A boleh menyimpan di tempat yang mampu menjana pulangan i.e. kenaikan harga dana sebanyak 10%* setahun, A hanya perlu menyimpan sebanyak RM1,125 setiap bulan!

6. Banyak penjimatan, bukan?

7. Semak semula perancangan anda. Adakah anda sudah bersedia untuk bersara?

8. Adakah anda ingin tahu cara yg terbaik utk bersara dengan ‘aman’? Saya ada solusinya!

Maklumat lanjut, sila klik di sini -> SAYA NAK TAHU!


* Ini adalah kadar indikatif sahaja. Kadar sebenar adalah bergantung kepada current market price.


How to own Bitcoin?

How to own BitCoin?

1. Go to https://www.luno.com/en/ and sign-up. You can also download the Luno App in your smartphone at Google Play or App Store.

2. Go to 'Rewards' Section, and click 'Enter a Code'. Insert Code 4ARTF8 in the available field, and click 'Apply Code'.

3. After complete the registration (and verification - it will takes few days), you can deposit your money, and start to buy BitCoin.

ENJOY!

Saturday, May 11, 2013

Apa itu emas?


Salam / good day,

Sekarang semua orang bercerita tentang emas. Di kedai kopi, di restoran mewah, di pejabat (selepas waktu pejabat tau!), hatta di stesen bas / LRT orang akan bercerita tentang emas. Harga emas sudah naik, sudah turun dan sebagainya. Tapi adakah kita kenal sepenuhnya dengan emas? 

Emas, sudah dijumpai semenjak 40 ribu tahun sebelum Masihi. Pada masa itu penemuan bermula dengan emas berbentuk kepingan di Sepanyol. Pada saat itu, kepingan emas telah digunakan oleh manusia purba yang bernama Paleiothic Man. Ada juga yang mengatakan bahawa emas pertama ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Ia telah diketahui dari zaman purba, bersama dengan raksa, sulfur, tembaga, perak, dan timah. Barangan emas yang keemasan, sebagai contoh gelang-gelang dan cincin, serta perhiasan. Tamadun-tamadun yang menguna emas termasuk Orang-orang Mesir, Rakyat Greece, Mesopotamians, dan Orang-orang Rom.

Walaupun ramai orang mengenali emas untuk penggunaanya dalam barangan emas, hanya 65 peratus yang digunakan untuk barangan emas. Dan 25 peratus emas adalah diguna dalam aplikasi-aplikasi perindustrian Seramik, elektrik, dan aplikasi-aplikasi elektronik.

Dari sudut saintifik, simbol kimia emas ialah “Au” dengan nombor atom 79. Emas (gold), berasal dari perkataan Latin “Aurum” yang membawa maksud “shining dawn”, merujuk kepada sifatnya yang berkilat dan kekuningan.


Pada jadual berkala unsur-unsur, emas didapati di Group 11, bersama dengan perak, tembaga, dan roentgenium, dan di Period 6 antara platinum dan raksa. Ia adalah dirujuk sebagai satu “logam peralihan." Emas mudah dibentuk,dan dikenai sebagai logam anjal. Disifatkan sebagai warna kuning, emas adalah satu daripada supaya dipanggil logam berharga, bersama dengan emas dan perak.


Keperluan Memiliki Emas

Rasulullah s.a.w bersabda:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."

Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal

Emas merupakan sejenis logam yang mempunyai nilai yang merupakan aset yang paling ditukarkan kepada wang kertas. Emas juga merupakan salah satu daripada unsur pelaburan yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Pelabur yang bijak akan memperbanyakkan (diversify) pelaburannya selain daripada kaedah conventional seperti unit amanah (unit trust), pasaran saham (stock) dan sebagainya.

Kumpulan pembeli emas yang terbesar biasanya adalah kaum wanita, di mana barangan kemas merupakan salah satu aksesori penting sebelum keluar rumah. Bagi kaum lelaki pula, emas hanya akan dibeli (untuk simpanan atau hadiah kepada pasangan) apabila harganya rendah – persoalannya, apakah tahap ‘harga rendah’ emas sebenarnya?

Secara amnya, harga emas akan meningkat pada masa hadapan berbanding pada masa kini. Sebagai contoh, harga emas pada hujung 90-an adalah lebih kurang RM40 segram, tetapi pada masa kini, harga emas adalah lebih kurang RM150 segram. Selama lebih kurang 15 tahun, harga emas telah meningkat sebanyak 375% i.e. 25% setahun! Secara perbandingannya, jika kita menyimpan emas berjumlah RM10,000 pada hujung 90-an, pada hari ini emas tersebut bernilai RM37,500!

Banyak lagi sebab kenapa anda perlu memiliki emas, yang mana ianya adalah logam yang paling mudah untuk dicairkan didunia.

RAIZ. Sikit-sikit lama-lama jadi Bukit

Anda pernah dengar Raiz Invest Malaysia? Raiz Invest Malaysia ialah platform pelaburan penasihat digital (robo-advisor) yang masuk Malaysia ...